PRN Sabah: Dua pemimpin parti utama tewas

Gambar dari kiri: Anifah Aman, Daud Yusof
Gambar dari kiri: Anifah Aman, Daud Yusof
A
A
A

KOTA KINABALU - Beberapa pemimpin parti utama parti tempatan di Sabah tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Antaranya ialah Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman yang tewas kepada calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Daud Yusof di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dengan majoriti 1,802 undi.

Dalam pertembungan empat penjuru itu, Daud turut menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ag Syairin dan calon Parti Liberal Demokratik (LDP), Mohd Azree Abd Ghani.

Selain Anifah, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang bertanding kerusi DUN Kiulu turut tewas kepada Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joniston Bangkuai.

Pada PRN Sabah kali ini, UPKO meletakkan calon di 12 buah kerusi bagi mewakili Parti Warisan Sabah (Warisan) Plus, bagaimanapun hanya satu calon sahaja menang iaitu di DUN Kadamaian.

PCS bertanding di semua 73 kerusi, namun tidak berjaya memperoleh sebarang kemenangan.

Artikel Berkaitan: