X

Kindly register in order to view this article
!

Rempuh kedai makan abang ipar dengan lori

Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Zain Mat Dris
A
A

MARANG - Seorang lelaki merempuh sebuah kedai makan milik abang iparnya dengan lori sehingga ranap di Kampung Binjai Rendah Bukit Payong di sini, Isnin lalu dipercayai akibat dendam.

Dalam kejadian jam 10.55 malam itu, tindakan lelaki berusia 30-an itu dikatakan bukan sahaja menyebabkan mangsa, 46, menanggung kerugian tetapi nyaris mengancam nyawa beberapa pelanggan yang berada dalam kedai makan tersebut.

Menurut sumber, semasa kejadian iaitu, mangsa dikatakan sedang berkemas di dalam kedainya sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di hadapan kedai.

Kata sumber, terkejut mendengar bunyi rempuhan itu, mangsa bergegas keluar lalu ternampak sebuah lori yang dipandu adik iparnya sendiri merempuh kedai makan miliknya.

"Suspek kemudian melarikan diri bersama lori berkenaan. Mangsa yakin adik iparnya sengaja merempuh kedai miliknya disebabkan dendam lama. Mangsa tahu suspek sudah lama tidak berpuas hati dengannya dan sebelum ini suspek dikatakan sudah dua kali merosakkan kedai makannya tetapi dia hanya mendiamkan diri sahaja kerana tidak mahu bergaduh.

"Tetapi tindakan suspek kali ini dilihat semakin melampau kerana boleh mengancam nyawa pelanggannya lalu mangsa mengambil keputusan melaporkan kejadian kepada polis untuk tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!