X

Kindly register in order to view this article
!

Pulau Pinang elak pisang berbuah dua kali

Pulau Pinang antara pasukan yang mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
A
A

"FAP tidak akan biarkan pisang berbuah dua kali." Itu nada tegas Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Dastagir Mohd Yassin yang memberi jaminan bahawa badan induk bola sepak Pulau Pinang berkenaan tidak akan mempersia-siakan slot ke saingan Liga Super 2021 diraih skuad kendalian Manzoor Azwira Abdul Wahid hanya kerana proses penswastaan pasukan itu masih pada peringkat pertengahan.

Sebaliknya Dastagir berkata, FAP komited memastikan proses penswastaan skuad Harimau Kumbang selesai menjelang tarikh akhir 30 September seperti ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

"Cukup-cukuplah kami banyak belajar dari pengalaman musim lalu yang mematangkan kami supaya lebih teliti dalam menguruskan skuad Harimau Kumbang ini.

“Kami juga tidak mahu mengecewakan harapan pemain khasnya penyokong setia Harimau Kumbang yang sudah banyak berkorban demi mengembalikan maruah Pulau Pinang kembali beraksi di peringkat tertinggi bola sepak Malaysia.

"Sebenarnya untuk kes Pulau Pinang ini kami sudah melakukan apa yang dikehendaki oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Cuma tempoh hari kami sedang menunggu kebenaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk guna nama Penang Football Club (Penang FC).

“Alhamdulillah perkara ini berjaya diselesaikan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan kami pun sudah menerima dokumen pendaftaran Penang FC,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tahun lalu skuad Harimau Kumbang terpaksa melupakan impian beraksi dalam saingan Liga Super 2020 selepas dikenakan pemotongan enam mata oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pemotongan mata itu dikenakan susulan isu tunggakan gaji bekas pemain importnya, Reinaldo Lobo yang beraksi tiga musim dari 2015 hingga 2017 bersama skuad Haria Penang Haria berkenaan.

Jelas Dastagir lagi, beliau percaya kemungkinan disebabkan perkara itu menyebabkan proses penswastaan skuad Harimau Kumbang berkenaan berada dalam peringkat pertengahan.

“Apapun kami di pihak FAP dalam tempoh ini akan sentiasa berkomunikasi dengan FAM bagi memastikan seandainya sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan proses penswastaan ini dapat diselesaikan menjelang 30 September ini,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!