Noraini kunci mulut, enggan ulas sokongan ahli parlimen

Noraini Ahmad. Foto Bernama
Noraini Ahmad. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad mengambil sikap mengunci mulut bagi mengulas mengenai kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung ahli parlimen daripada parti itu dan BN yang tidak dihalang memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekumpulan pemberita yang menunggunya untuk mendapatkan ulasan lanjut gagal sebaliknya beliau bergegas menuju ke kereta.

Sekadar reaksi terhadap soalan wartawan, Noraini berkata:

"Fokus saya untuk PRN (Pilihan Raya Negeri ) Sabah," katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis Memorandum Persefahaman (MoU) Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta Institusi Pondok di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO, BN tidak dapat halang Ahli Parlimen mahu sokong Anwar

Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua YADIM, Nasaruddin Hassan.

Sementara itu, Nasaruddin yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berkata, parti itu berpegang teguh memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagaimana ditegaskan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita tetap berpegang teguh di belakang Muhyiddin," katanya

Artikel Berkaitan:

Ditanya mengenai adakah parti itu tidak terguris dengan kenyataan Ahmad Zahid, beliau berkata, semua pihak perlu bersifat demokrasi.

"Nak jadi pejuang tidak boleh mudah terasa," katanya dalam sidang media selepas program berkenaan.

Terdahulu YADIM, memeterai MoU bersama IPT dan Institusi Pondok bagi melibatkan para akademik dalam pelbagai disiplin ilmu sekali gus mempelbagaikan kegiatan dakwah dalam aktiviti penyelidikan, penerbitan, media dan kepimpinan mahasiswa dan sebagainya.

Semalam, Ahmad Zahid dalam kenyataannya berkata, parti itu dan BN tidak dapat menghalang jika ahli-ahli parlimennya mengambil keputusan menyokong Anwar bagi membentuk kerajaan baharu.

Katanya, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan sokongan kepada kerajaan PN adalah daripada ahli-ahli Parlimen sahaja.

Sebelum itu, Anwar dalam sidang media tergempar mendakwa mendapat sokongan majoriti bagi menumbangkan pentadbiran PN.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai sokongan tersebut sehingga menghadap Yang di-Pertuan Agong.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu