Putrajaya tenang seperti kebiasaan

Suasana tenang di Bangunan Perdana Putra, Kompleks Jabatan Perdana Menteri hari ini. - Foto: ROSLI TALIB
Suasana tenang di Bangunan Perdana Putra, Kompleks Jabatan Perdana Menteri hari ini. - Foto: ROSLI TALIB
A
A
A

PUTRAJAYA - Suasana di sekitar Pusat Pentadbiran Persekutuan di sini berada dalam keadaan tenang susulan perkembangan terkini politik tanah air.

Tinjauan Sinar Harian turut mendapati penduduk di kawasan itu yang rata-rata penjawat awam menjalankan rutin harian seperti kebiasaan.

Urusan pentadbiran kerajaan Persekutuan juga berjalan lancar dengan mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Suasana tenang di Bangunan Perdana Putra, Kompleks Jabatan Perdana Menteri hari ini. - Foto: ROSLI TALIB
Suasana tenang di Bangunan Perdana Putra, Kompleks Jabatan Perdana Menteri hari ini. - Foto: ROSLI TALIB

Tidak lama selepas itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh muncul secara langsung di kaca televisyen bagi menyampaikan Perutusan Khas Kita Prihatin berhubung kerangka inisiatif tambahan khas.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapannya di Twitter memberi gambaran bahawa Perikatan Nasional (PN) masih sebagai kerajaan.

Putrajaya menjadi tumpuan umum selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang akhbar tergempar mengumumkan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan senarai ahli Parlimen yang memberi sokongan terhadapnya.

Artikel Berkaitan: