Biarkan Anwar terus dengan mimpi: Shamsul Anuar

Hantaran yang dimuat naik Shamsul Anuar dalam Facebooknya berhubung pengumuman Anwar mengenai pertukaran kerajaan hari ini.
Hantaran yang dimuat naik Shamsul Anuar dalam Facebooknya berhubung pengumuman Anwar mengenai pertukaran kerajaan hari ini.
A
A
A

IPOH - Perubahan kerajaan yang diumumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hanyalah spekulasi semata-mata.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, tindakan terdesak itu dibuat berikutan nama PKR kini sudah tenggelam terutama ketika menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurutnya, Anwar membuat pengumuman itu sebagai usaha untuk mengalih tumpuan rakyat, malah mirip kepada peristiwa 16 September 2008 yang memperlihatkan kegagalan Anwar mendapatkan sokongan ahli-ahli Parlimen untuk menyokong beliau.

"Saya rasa elok semua jentera Barisan Nasional (BN) terus fokus dan tumpukan usaha untuk memenangi semua kerusi yang ditandingi di Sabah.

"Kita kalahkan Warisan (Parti Warisan Sabah) terutama PKR di PRN Sabah. Biarkan Anwar terus dengan mimpi dan strategi beliau yang mudah dibaca," katanya Ahli Parlimen Lenggong itu dalam hantaran menerusi Facebook beliau hari ini.

Shamsul Anuar yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut meminta semua jentera parti meneruskan kerja untuk memastikan BN kembali berkuasa.

Hari ini, Anwar mendakwa sudah mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu bagi menggantikan Kerajaan Perikatan Nasional (PH).

Anwar berkata demikian pada sidang akhbar di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur yang turut dihadiri pemimpin kanan parti itu; antaranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Saifuddin Nasution.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

Artikel Berkaitan: