X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada apa yang tumbang atau jatuh, kata KJ

Tangkap layar Twitter, Khairy Jamaluddin yang memuat naik sekeping gambar mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri.
A
A

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar seakan menoktahkan spekulasi tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai majoriti.

Menerusi ciapan di laman Twitternya, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memuat naik sekeping gambar mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri.

"Baru selesai mesyuarat jemaah menteri. Tiada apa-apa yang tumbang atau jatuh," ciapnya.

Terdahulu Anwar pada sidang akhbar tergempar mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu bagi menggantikan PN.

Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun tidak memaklumkan jumlah sokongan ahli Parlimen diterima dengan alasan akan memaklumkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!