X

Kindly register in order to view this article
!

Sistem sokongan mampu atasi kemurungan 'frontliners'

Laporan Sinar Harian semalam.
A
A

SHAH ALAM - Sistem sokongan yang padu daripada keluarga serta rakan sekerja mampu membantu petugas barisan hadapan mengatasi masalah kemurungan yang mungkin dihadapi kesan penugasan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Pakar psikologi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkata, ini kerana rata-rata petugas barisan hadapan berdepan dengan kerja yang tidak menentu masa, peningkatan beban kerja, prosedur normal baharu yang perlu dipatuhi oleh mereka sepanjang tempoh tersebut sehingga mencetuskan tekanan.

“Jadi, amat penting untuk membina komunikasi yang baik di tempat kerja dan apabila pulang ke rumah mendapat sokongan moral daripada isteri dan anak.

“Dengan sistem sokongan yang baik di tempat penugasan dan rumah, akan dapat mengurangkan masalah kesihatan mental ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Fauziah berkata, mereka juga perlu memastikan diri cukup rehat, cukup makan dan mempunyai komunikasi yang baik dengan orang sekeliling.

Kelmarin, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mendedahkan pihaknya di Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjalankan ujian saringan Tekanan, Kebimbangan Melampau dan Kemurungan (DASS) terhadap petugas barisan hadapan yang terlibat dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tangani kemurungan 'frontliners'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!