RoS perlu campur tangan dalam kemelut MTUC

Barisan pemenang bagi persidangan perwakilan MTUC bagi sesi 2020-2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam semalam
Barisan pemenang bagi persidangan perwakilan MTUC bagi sesi 2020-2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam semalam
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) diminta campur tangan dan mengambil tindakan segera berhubung kemelut berlaku terhadap Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Bekas Presiden MTUC, Tan Sri Zainal Rampak berkata, peranan RoS amat penting ketika ini bagi memastikan kelancaran pemilihan pimpinan baharu berlangsung mengikut peraturan yang terdapat dalam Perlembagaan MTUC.

“Sebelum ini, saya telah berjumpa dengan RoS untuk meminta mereka campur tangan kerana kemelut ini tidak dapat diselesaikan oleh orang-orang yang ada sekarang.

“RoS perlu campur tangan dan mengambil tindakan segera dengan mengarahkan supaya Mesyuarat Majlis Am MTUC diadakan untuk membuat keputusan mengikut perlembagaan dan mengadakan mesyuarat perwakilan dengan memberi masa yang cukup,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Undian seri, MTUC buntu tentukan calon Presiden

Mengulas mengenai pemilihan dan keputusan semasa, beliau mendakwa, ia tidak sah kerana tidak mengikut peraturan Perlembagaan MTUC.

“Sepatutnya mesyuarat am MTUC perlu diadakan terlebih dahulu bagi melaksanakan beberapa perkara; antaranya meluluskan laporan tahunan, laporan kewangan, penyata audit dan memberikan masa sebelum mesyuarat perwakilan bersidang.

Zainal Rampak
Zainal Rampak

“Jumlah perwakilan perlu mengikut prosedur wakil yang datang mengikut jumlah ahli yang diisytiharkan dalam borang M yang diserahkan kepada Pendaftar Kesatuan Sekerja,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai empat kesatuan telah pergi ke mahkamah untuk mencabar kesahihan persidangan dengan alasan persidangan perwakilan khas itu tidak selari dengan Perlembagaan MTUC, Zainal berkata, keempat-empat kesatuan tersebut berhak membawa kes tersebut ke mahkamah.

Katanya, ia bagi mendapatkan keputusan tepat dalam kemelut MTUC.

“Pada pandangan saya, selaku mantan Presiden MTUC, pemilihan kali ini bercanggah dengan perlembagaan. Mereka telah mengkhianati perlembagaan dan inspirasi kesatuan,” katanya.