David Rowley sah sertai Kelantan

David Rowley
David Rowley
A
A
A

KOTA BHARU – Pemain kacukan Malaysia-Australia, David William Rowley sah menyertai Kelantan selepas Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengikatnya selama setahun untuk musim ini.

Kehadiran David Rowley bakal mewarnai arena sukan Kelantan bersama tiga pemain import lain iaitu bekas pemain tengah Negeri Sembilan, Flavio Beck Junior; pemain kelahiran Afghanistan Mustafa Zazai dan Cassio De Jesus.

David Rowley yang juga pernah menyarung jersi Negeri Sembilan bersama Flavio musim lalu, mempunyai pengalaman dengan beberapa pasukan di Liga Jerman antaranya, Tennis Borussia Berlin dan CS Grevenmacher.

Sementara itu, David Rowley berkata, beliau teruja kerana dapat bersama pasukan Kelantan dan beraksi bersama barisan anak muda yang tangkas.

Menurutnya, pasukan ini mempunyai prestasi cemerlang, ditambah dengan sokongan peminat dan jurulatih berpengalaman, Marko Kraljevic.

“Saya yakin pasukan ini mampu memberi saingan sengit seterusnya kembali ke Liga Super musim depan,” katanya.

Artikel Berkaitan: