Badi Badi Tiong bantu peniaga kampung pasarkan produk

Ewon ketika bertemu sebahagian golongan ibu yang hadir pada majlis pelancaran Badi Badi Tiong.
Ewon ketika bertemu sebahagian golongan ibu yang hadir pada majlis pelancaran Badi Badi Tiong.
A
A
A

KOTA BELUD - Ketiadaan tamu terdekat bagi memasarkan produk hasil pertanian dan makanan kepada penduduk setempat memberi peluang kepada golongan wanita di Kampung Melangkap Tiong untuk membuka Badi Badi Tiong di kawasan berkenaan.

Badi Badi Tiong atau lebih popular dalam masyarakat Sabah iaitu tamu merupakan lokasi bagi penduduk setempat dan berhampiran memasarkan produk jualan kepada pengunjung khususnya bagi mereka yang mencari hasil kampung.

Wakil peniaga wanita, Roslin Kandai, 48, berkata, idea mewujudkan Badi Badi Tiong ini tercetus ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

“Ketika itu, kami tidak dapat berniaga ke tamu terutama tamu daerah dan ada cadangan mewujudkan badi-badi di sini.

“Lokasi ini dilihat amat strategik sebab ia berada di laluan pelancongan yang melawat pusat-pusat pelancongan di kawasan ini,”katanya..

Badi Badi Tiong itu dirasmikan oleh calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick disini, hari ini.

Ewon melihat dan meninjau produk jualan yang di pasarkan di Badi Badi Tiong pada majlis pelancaran itu.
Ewon melihat dan meninjau produk jualan yang di pasarkan di Badi Badi Tiong pada majlis pelancaran itu.

Terdahulu, Ewon memuji usaha lebih 20 peniaga wanita terdiri dari golongan ibu di kampung berkenaan mewujudkan inisiatif membangunkan ekonomi harian penduduk.

Artikel Berkaitan:

“Tahniah kepada kaum ibu di kampung ini kerana bersatu mewujudkan Badi Badi Tiong dan saya harap usaha ini dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan mereka.

“Saya juga menyokong usaha ini dan akan membantu menai ktaraf kawasan tamu ini pada masa akan datang untuk memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung,” katanya.

Selain Kampung Melangkap Tiong, Ewon turut berkempen di Kampung Bundu Paka, Melangkap Baru, Melangkap Kapa, Melangkap Tomis, Melangkap Noriou dan Kampung Lingkubang selain mendengar masalah penduduk dan memberi penjelasan mengenai beberapa isu yang sering dimainkan pihak lawan.