Musa Aman hadir program PM

Musa (tengah) beramah mesra dengan beberapa pemimpin termasuk Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun.
Musa (tengah) beramah mesra dengan beberapa pemimpin termasuk Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun.
A
A
A

BEAUFORT - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman membuat kemunculan semula apabila dilihat hadir pada Program Perdana Menteri Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah di Dataran Bergandang, Beaufort hari ini.

Musa Aman yang tiba pada jam 9.10 pagi diiringi penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, Datuk Isnin Aliasnih.

Beliau sempat beramah mesra dengan beberapa pemimpin lain termasuk Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka tiba pada bila-bila masa saja.

Artikel Berkaitan: