X

Kindly register in order to view this article
!

'Populariti Tun M kian merudum'

Husam Musa
A
A

SHAH ALAM - Populariti Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini merudum akan menjejaskan peluang Pakatan Harapan untuk menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa berkata, atas sebab itu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan Dr Mahathir tidak sewajarnya bertanding di kerusi yang sebelum ini diwakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Peralihan kerajaan dan kenyataan beliau selepas itu menyebabkan kedudukannya di mata sebahagian besar rakyat teruk dan merudum.

“Bila Tun hilang kepercayaan, sekiranya masih memimpin Pejuang dan mengambil kerusi yang ditinggalkan Bersatu, ini akan merugikan rakyat yang mahukan kejayaan menumbangkan kerajaan yang ikut cara ‘tebuk atap’.

“Kalau berikan kerusi kepada Pejuang, ini juga akan menggagalkan hasrat kita untuk mengambil alih kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Sinar Live bertajuk ‘Lepas jawatan demi rakyat’ yang disiarkan secara langsung di Studio F, Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Justeru kata Husam, beliau mencadangkan supaya Amanah dan rakan sekutu PH melakukan penjajaran semula kerusi yang dipertandingkan pada PRU-15 nanti.

“13 kerusi ini diserahkan kepada Bersatu sebelum ini. Begitu juga 10 kerusi yang ditinggalkan YB Azmin Ali dan rakan-rakan. Sebahagian besar kerusi ini akan dimenangi PH.

“Jika diberi peluang Amanah (bertanding), peluang untuk menang cerah. Dengan itu Amanah boleh menambah kerusi di peringkat Parlimen pada masa akan datang,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!