Datuk, Datuk Seri ditahan cederakan polis

Afzanizar
Afzanizar
A
A
A

MELAKA TENGAH - Polis menahan empat lelaki termasuk dua individu yang berstatus 'Datuk dan Datuk Seri ' dipercayai terbabit dalam insiden mencederakan seorang anggota polis di sebuah kafe di Banda Hilir, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 2.50 pagi, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah melakukan pemeriksaan ke atas premis terbabit.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, premis berkenaan beroperasi melebihi jam 2 pagi selain beberapa pelanggan dilihat berada di dalam dan luar premis.

Menurutnya, seorang anggota polis dilaporkan cedera kerana bergelut semasa melakukan tangkapan dalam pemeriksaan tersebut.

Katanya, empat lelaki berusia 27 hingga 41 tahun ditahan malah dua daripadanya membuat pengakuan mereka bergelar Datuk dan Datuk Seri.

"Keempat- empat lelaki terbabit dikenakan kompaun di bawah Peraturan 3 Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (NO 8) 2020.

"Selain itu, 12 pelanggan termasuk penjaga premis dikenakan kompaun di bawah kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya.

Tambahnya, kesemua mereka direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, premis yang mempunyai lesen perniagaan sah dari pihak berkuasa tempatan (PBT) itu telah melakukan kesalahan beroperasi lebih masa.