Tidak perlu pembelian panik

Rosol (tiga dari kanan) melancarkan jualan 'Happy Hour' pada PJM dan KBBM di Khind - Mistral Industries Sdn Bhd, Sekinchan di sini hari ini.
Rosol (tiga dari kanan) melancarkan jualan 'Happy Hour' pada PJM dan KBBM di Khind - Mistral Industries Sdn Bhd, Sekinchan di sini hari ini.
A
A
A
SEKINCHAN - Penduduk daerah Kota Setar, Kedah tidak perlu melakukan pembelian panik barang keperluan harian semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran dikuatkuasakan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, penduduk terlibat tidak perlu bimbang kerana stok barangan keperluan mencukupi.

"Jangan berlaku pembelian panik kerana stok barang keperluan mencukupi, jadi tak perlu bimbang.

"Masa PKPD sebelum ini pun kita mampu tangani, jadi PKPD ini kita yakin dapat tangani, jadi tidak perlu risau (isu kekurangan bekalan)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Jualan Malaysia (PJM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di Khind - Mistral Industries Sdn Bhd, Sekinchan di sini hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga tidak menerima aduan berhubung kenaikan harga barang keperluan di daerah Kota Setar, Kedah sejak arahan PKPD Secara Pentadbiran dikuat kuasa 11 September lalu.

"Setakat ini tiada isu berhubung kenaikan harga barangan dan makanan di daerah terbabit," katanya.

Justeru katanya, penduduk diminta menyalurkan sebarang maklumat sekiranya berlaku kenaikan harga barangan dan terdapat peniaga yang menyorok bekalan barangan keperluan harian.

"Kita akan sentiasa melakukan operasi pemeriksaan bagi mengambil tindakan terhadap peniaga demi melindungi kebajikan pengguna," katanya.
Artikel Berkaitan: