X

Kindly register in order to view this article
!

Peranan Husam lebih besar selepas ini, kata Mohamad

Husam dan Mat Sabu
A
A

SHAH ALAM - Datuk Husam Musa akan diberikan peranan lebih besar dalam parti selepas melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Mohamad berkata, Husam akan diberi jawatan sebagai penasihat kepada tiga biro penting parti.

Beliau berkata, tanggungjawab itu diserahkan kepada Husam berdasarkan kesesuaian dengan pengalaman dan kebolehannya.

"Saya dan Husam akan sentiasa berganding bahu memajukan Amanah, mengeratkan hubungan dalam Pakatan Harapan (PH) dan memacu masa depan politik Malaysia dengan konsep Islam Rahmatan Lil Alamin.

"Husam bersama dengan saya sejak zaman muda lagi. Setelah beliau keluar daripada Universiti Malaya (UM), kami berkecimpung di dalam Pas. Kami sentiasa bertukar-tukar pandangan, berceramah sepentas dan merangka strategi Pas sehinggalah kami bersama dalam Amanah. Husam seorang yang berfikiran luas, strategik dan sentiasa fokus dalam gerak kerjanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Husam nafi lepas jawatan kerana Mat Sabu

Amanah lulus peletakan jawatan Husam

Semalam, Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar menafikan wujud krisis dalaman yang menyebabkan Husam melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden parti itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!