Husam nafi lepas jawatan kerana Mat Sabu

Husam dan Mat Sabu
Husam dan Mat Sabu
A
A
A

KOTA BHARU - Datuk Husam Musa hari ini menafikan beliau telah meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan seperti yang tular di media sosial.

Husam juga menepis dakwaan 'sumber' kepada sebuah portal yang memaklumkan beliau meletak dua jawatan tersebut berikutan tidak puas hati dengan kepimpinan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

“Itu tidak benar,” katanya ringkas kepada Sinar Harian hari ini melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Berdasarkan laporan sebuah portal yang tular di media sosial, Husam sudah menyerahkan surat peletakan jawatan dua minggu lalu.

Berikutan tersebarnya dakwaan terbabit, terdapat pelbagai andaian yang timbul termasuk mendakwa Husam akan kembali bersama Pas atau memilih menyertai PKR.

Artikel Berkaitan: