Tawar RM414,200 untuk maklumat lelaki tembak syerif

Satu rakaman video yang dikeluarkan Jabatan Syerif Los Angeles menunjukkan seorang lelaki disyaki menembak dua pegawai syerif di sebuah stesen bas di Los Angeles pada Sabtu lalu. - Foto: Jabatan Syerif Los Angeles
Satu rakaman video yang dikeluarkan Jabatan Syerif Los Angeles menunjukkan seorang lelaki disyaki menembak dua pegawai syerif di sebuah stesen bas di Los Angeles pada Sabtu lalu. - Foto: Jabatan Syerif Los Angeles
A
A
A

LOS ANGELES - Para detektif semalam menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak AS$100,000 (RM414,200) kepada sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya seorang individu kerana menembak dua pegawai syerif di Amerika Syarikat (AS) pada jarak dekat ketika mereka duduk di dalam kereta.

Dua pegawai itu menjadi sasaran pada Sabtu lalu di kawasan kejiranan Los Angeles sehingga menyebabkan seorang lelaki berusia 24 tahun dan seorang wanita berumur 31 tahun tersebut berada dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun, Syerif Daerah Los Angeles, Alex Villanueva berharap, mereka mampu menghadapi dugaan itu.

"Malang sekali, mereka menghadapi kecederaan pada organ yang penting yang boleh membahayakan nyawa," kata Villanueva kepada stesen radio KNX Newsradio.

Dia juga menambah, kedua-dua pegawai tersebut menempuh masa yang panjang untuk sembuh daripada kecederaan itu.

Villanueva berkata, para penyiasat memburu bagi mengenal pasti dan menangkap mereka yang pengecut itu sekali gus merujuk kepada lelaki bersenjata dan seorang pemandu iaitu suspek kejadian itu.

Satu rakaman video menunjukkan seorang suspek itu yang digambarkan sebagai seorang lelaki Afrika Amerika berumur 28 tahun mendekati sebuah kereta dari arah belakang dan melepaskan tembakan menerusi tingkap kenderaan yang mereka naiki.

Pegawai wanita syerif itu cedera di lengan dan rahang manakala rakan setugasnya pula mengalami kecederaan pada bahagian dahi, lengan serta tangan. - AFP

Artikel Berkaitan: