Kastam lupus dadah RM48 juta

Dadah seberat 1,200kg dilupuskan JKDM dengan kerjasama syarikat Clinwaste (M) Sdn Bhd di Telok Panglima Garang, Selangor hari ini.
Dadah seberat 1,200kg dilupuskan JKDM dengan kerjasama syarikat Clinwaste (M) Sdn Bhd di Telok Panglima Garang, Selangor hari ini.
A
A
A

KUALA LANGAT - (JKDM) hari ini melupuskan dadah bernilai RM48 juta yang dirampas di seluruh negara pada tahun 2018.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Johari Alifiah berkata, proses pelupusan dadah jenis methamphetamine dan heroin seberat 1,200 kilogram (kg) itu menggunakan kaedah pembakaran dengan insinerator.

"Barang kes tersebut ialah hasil rampasan Cawangan Narkotik JKDM dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia sebelum disahkan mengandungi bahan methamphetamine serta heroin.

"Berdasarkan statistik yang direkodkan pada tahun 2018, sebanyak 109 kes direkodkan dengan nilai rampasan bernilai RM157.618 juta, manakala pada tahun 2019 pula mencatatkan 198 kes dengan nilai rampasan RM790.63 juta," katanya dalam sidang akhbar syarikat Clinwaste (M) Sdn Bhd di Telok Panglima Garang.

Johari (kanan) menunjukkan prosedur pelupusan dadah yang dilakukan di syarikat Clinwaste (M) Sdn Bhd, Telok Panglima Garang hari ini.
Johari (kanan) menunjukkan prosedur pelupusan dadah yang dilakukan di syarikat Clinwaste (M) Sdn Bhd, Telok Panglima Garang hari ini.

Menurutnya, tahun ini sehingga Ogos lalu merekodkan 389 kes dengan nilai RM109.96 juta.

"Pelbagai modus operandi sindiket dadah dikesan antaranya penyeludupan menggunakan khidmat kurier serta kontena.

"Orang awam diminta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan seperti dadah, rokok dan mercun dengan menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau datang ke pejabat kastam berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: