Rempah BBQ Haqiqat lebih sedap

Norhashimah (kanan) bersama dua anaknya yang membantu menguruskan syarikat.
Norhashimah (kanan) bersama dua anaknya yang membantu menguruskan syarikat.
A
A
A

NURIQ Enterprise, syarikat pengeluar produk rempah, pes dan makanan barat sejuk beku jenama Haqiqat yang mengutamakan konsep halal dan toyyiban, akan mengeluarkan rempah barbeku resipi baharu dengan citarasa lebih menyelerakan pada November depan.

Pengarah Urusannya, Norhashimah Hashim berkata, selain bungkusan baharu, Rempah BBQ Haqiqat juga ditambah baik

dari segi kualiti dan jenis rempah ratusnya supaya penggunaannya lebih pelbagai, mudah dan sedap, sesuai dengan cita rasa masyarakat tempatan serta luar negara.

Menurutnya, walaupun Rempah BBQ Haqiqat wajah baharu akan dilancarkan secara rasmi dua bulan lagi, namun produk itu sudah berada di 26 rangkaian pasaraya Mydin seluruh negara serta kedai-kedai terpilih.

“Rempah seperti paprika, lada hitam, rosemary serta rempah-ratus yang digunakan dalam Rempah BBQ Haqiqat baharu ini kita pilih sendiri, resipinya memang resipi panggang asli dan lebih menarik, bahan digunakan adalah 100 peratus rempah berkualiti dengan aroma semula jadi.

“Selain untuk panggang ayam, daging, kambing dan makanan laut, Rempah BBQ Haqiqat ini juga sesuai untuk masakan lain seperti sos pasta,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kilang syarikat itu di Bukit Kor di sini baru-baru ini.

Diiktiraf halal

Norhashimah berkata, produk jenama Haqiqat mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pensijilan Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 10 tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, selain Rempah BBQ yang dijual dengan harga RM7.90 bagi satu pek, syarikat itu juga mengeluarkan pes tumisan tradisi yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan sama ada ikan bakar, asam pedas, bihun goreng atau nasi goreng.

Norhashimah Hashim
Norhashimah Hashim

Nuriq Entreprise turut menghasilkan sos lada hitam, daging perapan stik dan lamb chop serta makanan Barat yang hanya diproses apabila mendapat tempahan daripada hotel, restoran dan katerer bagi menjamin kesegaran dan keaslian rasa serta sos lada hitam tanpa menggunakan bahan pengawet.

“Kami berhasrat mengeluarkan produk yang boleh dipelbagaikan kegunaannya dengan harga yang mampu milik, namun kualiti dan nilai rasa yang diutamakan supaya dengan hanya beli rempah BBQ dan pes tumisan Haqiqat, pelanggan boleh menghasilkan macam-macam jenis menu masakan yang sedap untuk dinikmati sekeluarga,” katanya.

Norhashimah berkata, respon daripada pelanggan yang menyukai produk Haqiqat memberikan inspirasi dan semangat kepada Nuriq Enterprise terus bekerja keras mengekalkan jenama itu dengan sebaiknya.

“Impian saya ialah memastikan produk keluaran Haqiqat ada di setiap rumah kerana kualiti rasa serta aromanya yang tersendiri.

“Kita juga mengalu-alukan rakan niaga dari seluruh negara yang berminat untuk menjual Rempah BBQ Haqiqat di premis masing-masing dengan menghubungi kami di talian 019-210 5151 atau e-mel kehaqiqatfood.hq@gmail.com.

“Kita memerlukan rakan niaga dan lebih ramai pemborong serta wakil jualan di setiap negeri bagi menyebarkan hasrat ukhuwah, perniagaan dalam pembangunan ekonomi bersama,” katanya.

Beliau berkata, buat permulaan pihaknya mengeluarkan 26,000 pek sebulan Rempah BBQ Haqiqat wajah baharu bagi pasaran seluruh negara dan pengeluaran dijangka meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh enam bulan.

Katanya, pasaran Rempah BBQ yang dikeluarkan juga boleh didapati secara atas talian di Shopee; https://shopee.com.my/product/269207166/6538736093/.

Pasaran antarabangsa

Selain Malaysia, Nuriq Enterprise merancang untuk melebarkan pengaruh jenama Haqiqat dalam pasaran antarabangsa dengan mengintai pasaran Asia Barat dan negara Asia lain selepas berjaya ke Singapura melalui Agro Bazar.

“Kita amat bersyukur diberi pengiktirafan pensijilan halal dari Jakim dan pensijilan MeSTI dari KKM juga ada satu kelebihan untuk pemasaran dalam dan ke luar negara,” katanya.

Norhashimah yang berasal dari Kuala Lumpur dan ibu kepada lapan anak berusia antara 28 hingga 10 tahun berkata, pada mulanya beliau hanya menghasilkan tiga jenis makanan barat sejuk beku pada tahun 2005 dengan modal sebanyak RM5,000.

Namun, katanya, pelanggan meminta agar beliau menghasilkan stik dan lamb chop sejuk beku kerana mereka sukakan rasanya yang sedap.

Malah beliau turut tidak menyangka sambutan diterima begitu menggalakkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Bagi meningkatkan produktiviti syarikat, Norhashimah sekeluarga mengambil keputusan pulang ke kampung arwah suaminya di Terengganu untuk membuka kilang di Bukit Kor di sini dan berjaya menambah pengeluaran produk Haqiqat sehingga diberikan kepercayaan menembusi pasaraya serta peluang pasaran seterusnya.

“Saya bersyukur kerana selain disokong dengan tiga orang pekerja, anak keempat saya, Muhd Asyif Azlan banyak membantu menguruskan operasi kilang. Anak-anak lain juga menghulurkan bantuan secara sambilan mengikut kemahiran masing-masing.

“Ada yang mengendalikan akaun, pengedaran, pemasaran, teknologi maklumat dan juga pentadbiran. Saya gembira dengan minat dan penglibatan anak-anak menguruskan perniagaan bersama,” katanya.

Kualiti produk

Sepanjang 15 tahun bertapak dalam industri pemprosesan makanan, Nuriq Enterprise semakin berkembang dengan bantuan dan sokongan pelbagai agensi khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam menambah baik kualiti produk serta produktiviti syarikat.

Sokongan yang diberikan membolehkan syarikat itu meraih pelbagai pengiktirafan antaranya Anugerah Inovasi Pertanian dan Industri Asas Tani Jaya Terengganu, Anugerah Usahawan Muda Berjaya (Pembuatan) Mara peringkat Wilayah Persekutuan dan Anugerah Usahawan Jejak Jaya Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tahun 2009.

KPDNHEP sentiasa proaktif dalam membantu usahawan-usahawan PKS tempatan khususnya dalam Program Promosi dan Transformasi Produk yang antara lain meliputi bantuan, pembungkusan produk, pelabelan dan siri jelajah promosi di seluruh negara bagi mempromosi dan penjenamaan produk-produk PKS tempatan kepada masyarakat.

Norhashimah turut bersyukur kerana KPDNHEP sentiasa memberi dorongan dan membuka jalan kepada PKS untuk terus berdaya saing dan memartabatkan jenama tempatan di dalam pasaran lebih besar melalui penembusan rangkaian pasar raya besar.

Menurutnya, kempen Beli Barangan Malaysia yang digerakkan KPDNHEP juga dilihat sebagai satu usaha yang mampu memajukan produk PKS bukan sahaja dalam negara malah ke peringkat antarabangsa.

“Kita patut bangga dengan jenama produk tempatan dan marilah kita sama-sama memajukan ekonomi negara dan menjayakan hasrat kerajaan dengan membantu membeli barangan buatan Malaysia.

“Saya bersyukur dengan nikmat ALLAH serta berterima kasih dengan segala ilmu serta bantuan dihulurkan dalam meningkatkan produktiviti syarikat dan saya harap produk Haqiqat yang dikeluarkan usahawan Muslim ini boleh pergi jauh setanding dengan jenama besar lain, Insya-ALLAH,” katanya.

Beliau menyambut baik usaha KPDNHEP dalam menganjurkan Kempen Beli Barangan Malaysia kerana melalui kempen-kempen sebegini, orang ramai akan menyedari tentang kualiti produk-produk buatan tempatan yang setanding dengan produk-produk luar negara.