X

Kindly register in order to view this article
!

'Saya akan buktikan saya bukan pengganas'

Gambar Alias tular mendakwa beliau sebagai pengganas JI.
A
A

SANDAKAN - [DIKEMASKINI] "Saya akan buktikan saya bukan pengganas," kata calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Alias Sani, hari ini.

Kenyataan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong itu merujuk kepada gambarnya yang tular di aplikasi WhatsApp dan Facebook yang mendakwa Alias pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai ahli kumpulan Jemaah Islamiah (JI) yang dikehendaki.

Alias mengakui pernah ditahan tanpa perbicaraan di bawah akta itu tetapi namun tidak pernah dibuktikan kesalahan jenayah.

Katanya, kejadian berlaku sekitar tahun 90-an ketika sedang belajar mengaji al-Quran dan memberi sedekah kepada gurunya.

"Saya tiba-tiba ditangkap tanpa dibicarakan kerana dikatakan memberi sumbangan untuk tujuan tidak baik. Saya ditahan tanpa bicara, hanya 'preventive act'. Saya tidak menyokong keganasan.

"Apa pun namanya, apa pun bangsanya, saya orang Islam yang cintakan perdamaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan gelanggang bola tampar di Kampung Bokara, Batu Sapi hari ini.

Menurut Alias, beliau dipenjarakan selama empat tahun bermula bermula 2003 dan sepanjang penahanan turut berdepan dengan pelbagai dugaan termasuk kehilangan kedua orang tuanya.

Tambah Alias lagi, ramai pemimpin pernah ditahan di bawah ISA seperti Mat Sabu, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi mereka sumbangan kepada negara melalui peranan dalam politik.

"Itu yang saya lakukan sekarang," katanya.

Terdahulu, dalam gambar yang tular itu, tertera ayat menyatakan Alias yang berasal dari Sandakan adalah seorang pengganas JI.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!