Pas N9 serah senarai agihan kerusi

Rafaie Mustafa
Rafaie Mustafa
A
A
A

SEREMBAN - Pas Negeri Sembilan sudah menghantar beberapa cadangan berhubung agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15).

Pesuruhjayanya, Rafaie Mustafa berkata, pihaknya menyenaraikan cadangan kerusi berpotensi kepada pimpinan Pas Pusat untuk diberi perhatian sebelum diputuskan secara bersama dalam mesyuarat Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai jumlah kerusi berpotensi yang dimaksudkan untuk ditandingi Pas di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang namun tidak menolak untuk mengumumkan bila tiba masanya nanti.

"Pas Negeri Sembilan memberi makluman mengenai kerusi berpotensi di setiap DUN dan Parlimen bagi membolehkan kita (Pas) bertanding pada PRU15 namun pimpinan Pas Pusat bertanggungjawab menentukan bilangan kerusi diperuntukkan dalam kalangan anggota Perikatan Nasional (PN) atau MN.

"Kita harap cadangan ini dapat dijadikan asas dan justifikasi oleh jawatankuasa perunding PN atau MN dalam membuat keputusan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas sahkan sudah bincang isu pemilihan kerusi untuk PRU15

Beliau berkata, apa yang penting ketika ini ialah kepercayaan rakyat dan program mendekati masyarakat setempat diberi tumpuan bagi memastikan matlamat untuk merampas kembali Negeri Sembilan tercapai.

Terdahulu, Sinar Harian semalam melaporkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan menghadiri perbincangan pemilihan kerusi bersama rakan-rakan parti lain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, perbincangan itu diadakan melalui jawatankuasa pembahagian kerusi antara Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Artikel Berkaitan: