Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan

Pihak penyelamat kini sedang melakukan pencarian.
Pihak penyelamat kini sedang melakukan pencarian.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Kelantan, hari ini.

Kejadian itu disedari orang awam dalam kejadian jam 11.50 pagi tadi.

Mangsa, Ahmad Kamal Edris, 29, dari Pasir Mas, dipercayai baru turun dari kereta yang dipandu ibunya sebelum bertindak menghampiri penghadang jambatan di sungai tersebut.

Saksi, Ibrahim Yusof, 55, berkata, dia cuba menyelamatkan mangsa dari terjatuh namun gagal.

"Saya cuba menarik mangsa yang ketika itu berdiri di tepi penghadang jambatan, namun tidak berjaya apabila seluarnya koyak dan mangsa terjatuh ke dalam sungai itu," katanya.

Sementara itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis berada di lokasi untuk bantuan mencari mangsa yang dikhuatiri lemas.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: