X

Kindly register in order to view this article
!

Penuntut farmasi Universiti Cyberjaya cemerlang semua bidang

Penuntut Fakulti Farmasi UC membuka kios bagi berkongsi maklumat tentang cara yang betul untuk mengambil antibiotik, rintangan antibiotik dan pelbagai informasi lain.
A
A

CYBERJAYA - Segulung ijazah bukanlah bukti bahawa seorang graduan itu berkebolehan menghadapi alam pekerjaan, sebaliknya mereka juga perlu ‘bersinar’ dalam aktiviti kokurikulum.

Itulah yang dipraktikkan penuntut Fakulti Farmasi di Universiti Cyberjaya (UC) yang menonjol dalam banyak acara kokurikulum, antaranya Pertandingan Penyelidikan Farmasi Nasional yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Farmasi Malaysia (MyPSA) 2020, Pertandingan Debat Antara Universiti 2020 dan Persidangan Penyelidikan Farmaseutikal Antarabangsa (iPRC) 2018.

Ditubuhkan pada tahun 2005, UC bermula sebagai universiti yang menawarkan program penjagaan kesihatan yang mendapat pengiktirafan penuh dalam bidang farmasi, perubatan, fisioterapi, psikologi dan kejuruteraan bioperubatan.

UC juga merupakan salah satu universiti yang menawarkan program Sarjana Farmasi Klinikal dan satu-satunya universiti di Malaysia mempunyai program Doktor Farmasi yang direka khas dengan kerjasama University of Southern California, Amerika Syarikat.

Fakulti Farmasi juga merupakan salah satu fakulti di universiti swasta yang terbesar di Malaysia dan UC telah mendapat penilaian lima bintang (Cemerlang) oleh Kementerian Pengajian Tinggi serta penarafan lima bintang untuk Pengajaran, Kemudahan, Kebolehpasaran dan Keterangkuman di bawah program QS Stars.

Sehubungan itu, Yayasan Pendidikan Peneraju Bumiputera telah mengesyorkan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 2020/2021, Fariz Haiqal untuk melanjutkan pelajarannya di UC sebagai sebahagian daripada program biasiswa mereka.

Fariz berkata, setelah menerima cadangan tersebut, dia membuat semakan sendiri dan mendapati bahawa Fakulti Farmasi UC terkenal dengan profesor dan kurikulum yang relevan dengan kehendak industri.

Menurut penuntut Tahun Empat Program Sarjana Muda Farmasi itu, selain menyertai Majlis Perwakilan Pelajar dan aktiviti masyarakat, beliau turut cemerlang sebagai atlet dan jurulatih renang.

Pelajar Fakulti Farmasi UC, Syed Mohd Ridzuan Rafle menamatkan lariannya di NPSC Ke-11 2018.
Pelajar Fakulti Farmasi UC, Syed Mohd Ridzuan Rafle menamatkan lariannya di NPSC Ke-11 2018.

Fariz mengharumkan nama universiti pada Karnival Sukan Farmasi Nasional (NPSC) pada tahun lalu dengan memenangi pingat emas untuk acara larian 100 meter, 200 meter dan 4 x 100 meter serta mengetuai kontinjen universiti dan dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

UC merupakan satu-satunya universiti swasta yang menjadi juara di NPSC sebanyak empat kali berturut-turut mengalahkan universiti lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

NPSC tahun ini diadakan sebelum pandemik koronavirus (Covid-19) diumumkan dan acara itu turut disertai oleh Laura Kek Jin Er yang merupakan penuntut Tahun Dua yang memenangi emas dalam pasukan bola keranjang wanita.

“NPSC sangat bermakna buat saya kerana program seperti ini dapat menyatukan semua ahli pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.

“Saya sangat menggalakkan penuntut ambil bahagian dalam NPSC sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh pengajian mereka,” kata Jin Er yang merupakan Pegawai Projek MyPSA untuk tahun 2020/2021.

Sementara itu, penuntut Tahun Empat, Sri Dewi Shalleni pula memenangi hadiah pertama pada Majlis Kemahiran Klinikal yang dijalankan secara atas talian oleh Pejabat Persekutuan Pelajar Farmasi Antarabangsa Asia-Pasifik (IPSF-APRO) 2020.

Sri Dewi berkata, dia membuat keputusan menyertai acara itu walaupun peperiksaan akhir sudah hampir kerana mahu mencabar dirinya.

“Memenangi acara ini memberi inspirasi kepada saya untuk menyertai lebih banyak pertandingan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!