59 individu ditahan sertai parti liar

Antara individu yang ditahan kerana mengadakan parti liar di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail awal pagi semalam.
Antara individu yang ditahan kerana mengadakan parti liar di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail awal pagi semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 59 individu termasuk 27 pelajar dan remaja bawah umur ditahan kerana mengadakan parti liar di sebuah kondominium yang disewa di Jalan Sultan Ismail di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, serbuan kira-kira jam 2 pagi itu dijalankan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurutnya, dalam serbuan itu pihak polis menahan seramai 44 lelaki dan 15 perempuan berusia lingkungan 14 hingga 23 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas dua lelaki polis menemui 31 biji pil ekstasi.

“Ujian saringan awal mendapati 16 suspek termasuk dua penuntut kolej dan seorang pelajar sekolah positif dadah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis juga merampas beberapa barang seperti peralatan audio dan lampu LED.

Katanya, kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 15 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama.

“Kesemua tangkapan juga telah dikenakan kompaun RM1,000 di bawah Peraturan 3 Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan),” katanya,

Artikel Berkaitan: