CIJ minta SPR kaji semula larangan media bukan rasmi

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan semula keputusannya untuk melarang media bukan rasmi daripada memasuki pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.

Pengarah Eksekutifnya, Wathshlah G Naidu juga meminta SPR membenarkan semua pengamal media dan wartawan supaya memasuki pusat penjumlahan rasmi undi apabila rakyat Sabah mengundi pada 26 September ini.

"Ia adalah kerana orang awam mempunyai hak untuk mengetahui apa yang berlaku dan boleh membentuk pendapat sendiri berdasarkan pelbagai sumber maklumat dan sebarang penapisan dan kawalan platform media oleh kerajaan boleh menimbulkan ruang tanpa maklumat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya media kerajaan dibenar berada dalam pusat penamaan calon

SRR dalam kenyataan sebelum ini menyatakan bahawa hanya media rasmi kerajaan iaitu RTM, Bernama, Jabatan Penerangan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon bagi PRN Sabah.

Ini selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) di pusat berkenaan demi keselamatan semua pihak termasuk rakan media, menurut SPR. - Bernama

Artikel Berkaitan: