Jentera Pas tetap bantu walau tak tanding PRN Sabah

Mohd Khairuddin (dua dari kiri) melihat demonstrasi bancuhan berasaskan kenaf bagi membuat binaan sempena Majlis Perasmian Penutup Kursus Pengenalan Keusahawanan sistem binaan berindustri (IBS) Kenaf, di sini hari ini.
Mohd Khairuddin (dua dari kiri) melihat demonstrasi bancuhan berasaskan kenaf bagi membuat binaan sempena Majlis Perasmian Penutup Kursus Pengenalan Keusahawanan sistem binaan berindustri (IBS) Kenaf, di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Pas tetap menggerakkan jentera parti untuk membantu calon Perikatan Nasional (PN) bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah walaupun tidak diperuntukkan sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.

Pengarah Strategi Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, langkah itu bagi memastikan kemenangan calon sekali gus memastikan kemenangan PN di Sabah.

"Pas akan memastikan kemenangan calon yang bertanding daripada parti mana sekalipun asalkan parti yang bersama Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN). Jentera Pas di Sabah semuanya akan turun padang untuk membantu calon PN termasuk semua menteri, timbalan dan wakil rakyat manakala bagi jentera dari Semenanjung, kita bincangkan terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Sabah: Pas beri laluan demi muafakat

“Apa yang pasti, kita mahu Sabah diperintah seiring dengan pemerintahan di peringkat Persekutuan untuk memudahkan kita turun padang membawa mesej kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Perasmian Penutup Kursus Pengenalan Keusahawanan sistem binaan berindustri (IBS) Kenaf di sini, hari ini.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, Pas membuat keputusan untuk tidak bertanding pada PRN Sabah kali ini demi memelihara permuafakatan bersama rakan PN.

Katanya, Pas menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat bertanding bagi keseluruhan 73 kerusi dalam PRN Sabah setelah rundingan dimuktamadkan.

Terdahulu, Pas menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu berhasrat bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Sabah antaranya kerusi di DUN Tawau dan Kalabakan.

Artikel Berkaitan:

PN menggabungkan parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), Pas, STAR, Parti Maju Sabah (SAPP), parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Sebanyak 73 kerusi DUN Sabah dipertandingkan dalam PRN kali ini berbanding 60 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah, Julai lalu.