Pas jangan jadi kerbau dimakan buaya, pesan Husam

 Husam Musa
Husam Musa
A
A
A

KOTA BHARU – Pas dan Umno perlu memastikan hubungan kerjasama politik yang terjalin ketika ini tidak menjadi seperti kerbau yang menyelamatkan buaya tersepit.

Pengerusi PH Kelantan, Senator Datuk Husam Musa berkata, melihat kepada kerjasama yang terjalin kini, ia telah membuktikan semua dakwaannya sebelum ini tidak pernah silap.

“Saya sebenarnya gembira kerana selama ini saya telah dituduh memfitnah adanya kerjasama Pas dengan Umno. Dan saya dipecat pun kerana mendakwa adanya hubungan tersebut.

“Hari ini hubungan kerjasama Pas dan Umno bukan lagi rahsia dan kita melihat adanya video yang memaparkan pengundi tegar Pas bergembira dapat mengundi dacing (BN).

“Jadi apa yang saya sebut selama ini adalah benar dan hari ini dia menjadi realiti. Cuma jangan sampai jadi kerbau menyelamatkan buaya yang tersepit. Kerbau selamatkan buaya yang tersepit, akhirnya buaya makan kerbau tersebut,” katanya kepada media dalam satu Majlis Ramah Mesra di sini.

Artikel Berkaitan: