Lelaki maut terbabas

Anggota bomba mengeluarkan seorang mangsa yang meninggal dunia dalam kereta selepas terbebas ke bahagian tengah pembahagi jalan di Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu, Johor Bahru malam tadi.
Anggota bomba mengeluarkan seorang mangsa yang meninggal dunia dalam kereta selepas terbebas ke bahagian tengah pembahagi jalan di Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu, Johor Bahru malam tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke bahagian tengah pembahagi jalan di Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu di sini malam tadi.

Kemalangan yang berlaku pada jam 8.15 malam mengakibatkan mangsa, Omar Moidony, 52, yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah kilang di Taman Gembira di sini ke rumahnya di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, mangsa tidak sedarkan diri di dalam kenderaan dan selepas pemeriksaan didapati mangsa sudah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Hasil pemeriksaan tidak ditemui sebarang kecederaan atau kesan yang meragukan dan kes mengklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata, seramai 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT), sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua unit Rapid Intervention di Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Semasa tiba di lokasi terdapat seorang mangsa lelaki tidak sedarkan diri dalam keadaan memijak minyak, enjin masih hidup dan gear dimasukkan.

"Anggota bomba terpaksa memecahkan cermin tingkap bahagian belakang sebelah penumpang untuk mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, isteri mangsa yang hadir ke tempat kejadian memberitahu, suaminya baru sahaja keluar hospital akibat komplikasi jantung.