FAM lulus permohonan penswastaan KUFC

Kelantan United antara kelab yang mewarnai saingan Liga Malaysia musim ini.
Kelantan United antara kelab yang mewarnai saingan Liga Malaysia musim ini.
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) meluluskan permohonan penswastaan Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) semalam.

Setiausaha Eksekutif KUFC, Wan Mohd Zul Ikman berkata, FAM melalui pasukan petugas ‘Pro Football’ telah mengkaji segala proses penswastaan kelab 2021 itu dan meluluskan permohonan penswastaan kelab berkenaan.

“Kami melengkapkan semua kriteria yang ditetapkan dan menghantar segala dokumen pada 1 September lepas dan alhamdulillah, semalam akhirnya KUFC telah menerima surat rasmi kelulusan penswastaan daripada FAM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zul Ikman
Wan Mohd Zul Ikman

KUFC merupakan pendatang baharu berstatus kelab beraksi pada saingan Liga Premier apabila muncul juara pada saingan Liga M3 musim lepas.

"Terima kasih kepada FAM, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kerana banyak membantu kelab menyelesaikan urusan penswastaan ini. Namun, penyertaan KUFC dalam pertandingan peringkat kebangsaan atau Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tertakluk kepada penerimaan lesen kelab KUFC pada tahun ini," katanya.

Wan Mohd Zul berkata ketika ini, pihaknya sedang melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh FAM bagi tujuan permohonan dan kelulusan lesen.

"Sekarang, 95 peratus dokumen telah dihantar kepada FAM untuk urusan lesen kelab," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: