UMNO tanding 31 kerusi PRN Sabah

Bung Moktar (empat dari kanan) menunjukkan senarai calon UMNO yang akan bertanding pada PRN Sabah pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Pemimpin-Pemimpin BN dan Bersatu Sabah sebentar tadi.
Bung Moktar (empat dari kanan) menunjukkan senarai calon UMNO yang akan bertanding pada PRN Sabah pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Pemimpin-Pemimpin BN dan Bersatu Sabah sebentar tadi.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMASKINI] UMNO Sabah mempertaruhkan calonnya di 31 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dijadualkan 26 September ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Pemimpin-Pemimpin BN dan Bersatu Sabah sebentar tadi.

Beliau berkata, UMNO akan meletakkan calon-calonnya bertanding di kerusi DUN Banggi, Bengkoka, Pitas, Tempasuk, Usukan, Pantai Dalit, Karambunai, Darau, Tanjung Aru, Tanjung Keramat, Pantai Manis, Bongawan, Lumadan, Sindumin, Kemabong, Telupid, Sugut, Gum-Gum, Sungai Manila, Sungai Sibuga, Sekong, Kuamut, Lamag, Sukau, Tungku, Kunak, Sulabayan, Balung, Kukusan, Tanjung Batu dan Paginatan.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Sabah: PKR tanding 14 kerusi DUN

Pengagihan kerusi PRN Sabah, Annuar minta PN bertenang

BN, Bersatu Sabah dan Warisan Plus umum calon esok

Bung Moktar turut mengumumkan beliau akan bertanding di DUN Lamag pada PRN Sabah kali ini.

Selain itu antara pemimpin UMNO lain yang akan bertanding ialah bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Salleh Said (Usukan); Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Yakubah Khan (Karambunai) dan bekas Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris (Darau).

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman sah tidak disenaraikan oleh UMNO untuk bertanding pada PRN Sabah kali ini.