X

Kindly register in order to view this article
!

UAE-Israel tandatangani perjanjian di Rumah Putih minggu depan

Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) merancang menandatangani perjanjian untuk memulihkan hubungan dalam satu majlis di Rumah Putih pada 15 September.
A
A

WASHINGTON - Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) merancang menandatangani perjanjian untuk memulihkan hubungan dalam satu majlis di Rumah Putih pada 15 September, lapor agensi berita Anadolu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Arab Mohamed Zayad dijangka akan mengetuai delegasi kedua-dua negara, kata pegawai Rumah Putih yang enggan namanya disiarkan kepada The Associated Press.

Sementara itu, Channel 12 News Israel pada Isnin melaporkan persiapan acara itu sedang dibuat antara UAE, Amerika Syarikat (AS) dan Israel untuk menganjurkan majlis menandatangani perjanjian besar-besaran di Washington pada 22 September dijangka dihadiri Trump, Netanyahu dan Putera Mahkota UAE Mohammed bin Zayed.

Pada 13 Ogos, UAE dan Israel mengumumkan perjanjian yang terajui AS untuk memulihkan hubungan termasuk membuka pejabat kedutaan di wilayah masing-masing.

Pihak Berkuasa Palestin dan puak penentang mengecam perjanjian itu, dengan mengatakan ia tidak memenuhi kepentingan Palestin dan mengabaikan hak rakyat Palestin.

“Mana-mana perjanjian dengan Israel harus berdasarkan prinsip Inisiatif Damai Arab 2002 iaitu "tanah untuk perdamaian" dan bukan "perdamaian untuk perdamaian" seperti yang dituntut rejim Israel.” - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!