X

Kindly register in order to view this article
!

Hanya Liverpool dan City layak juara EPL musim depan

Liverpool diyakini mampu terus mengekalkan trofi EPL musim ini.
A
A

DUA pasukan gergasi Inggeris, Liverpool dan Manchester City dinilai mampu untuk menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan yang bakal membuka tirainya Sabtu ini.

Bekas pemain Liverpool yang juga pemerhati bola sepak England, Jamie Carragher berkata, pasukan lain masih belum mampu mencabar kualiti yang dimiliki Liverpool dan City walaupun telah berbelanja besar pada jendela perpindahan.

"Saya masih melihat Liverpool dan City untuk menjadi juara musim depan. Ia bukan kerana menyebelahi mana-mana pasukan, tetapi kita perlu lihat kemampuan setiap pasukan.

"Mungkin Chelsea sudah berbelanja besar dan Manchester United juga berada pada rentak terbaik tahun lepas. Tetapi, masih ada jarak yang jauh antara kedua-dua pasukan itu dengan Liverpool dan City," katanya.

Liverpool dan City merupakan dua pasukan yang saling bersaing di kedudukan teratas EPL dalam dua musim kebelakangan ini.

Bagaimanapun, United dan Chelsea dikatakan mampu menjadi pencabar berdasarkan kejayaan mereka berada di kedudukan empat terbaik musim lalu selain sudah berbelanja besar bagi menghadapi saingan liga musim depan.

United sudah mendapatkan pemain tengah Belanda Belanda berbakat Donny van de Beek dan masih berusaha merekrut Jadon Sancho dari Borussia Dortmund.

Manakala, Chelsea sangat agresif di jendela perpindahan dengan membawa masuk Hakim Ziyech, Timo Werner, Thiago Silva, dan calon bintang masa depan Jerman Kai Havertz.

Dalam pada itu, Carragher juga tidak khuatir walaupun Liverpool tidak aktif dalam jendela perpindahan ketika ini.

"Anda perlu mempercayai Liverpool dalam soal perpindahan ini. Mereka tahu apa yang dibuat untuk mendapatkan pemain dengan harga yang bagus," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!