BN, Bersatu tanding hampir 50 kerusi PRN Sabah

PRN Sabah
PRN Sabah
A
A
A

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) difahamkan bakal bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Manakala hampir 20 buah kerusi lagi telah diperuntukkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas kedua-dua parti itu sudah memutuskan jumlah berkenaan namun masih dalam proses rundingan akhir.

Sumber berkata, kedua-dua parti itu dijangka akan memuktamadkan keputusan jumlah kerusi dalam masa terdekat sebelum hari penamaan calon 12 September ini.

Pada ketika ini, DUN Sabah sudah mempunyai 73 kerusi di mana pertambahan sebanyak 13 kerusi berbanding 60 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sumber BN turut menyatakan bahawa majoriti kerusi yang ditandingi adalah kawasan yang dimenangi dalam PRU14 lalu namun ada beberapa kerusi terpaksa dilepaskan kepada Bersatu.

Hari ini, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) telah mengumumkan akan bertanding sekurang-kurang di 15 buah kerusi DUN pada PRN Sabah.

Presidennya Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, tiga lagi kerusi masih dibincangkan bersama parti rakan dalam Perikatan Nasional (PN) dan dijangka akan selesai sebelum pengumuman calon yang dijangka akan diumumkan secara serentak bersama parti rakan dalam PN Rabu depan.

Sebelum ini, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman turut memaklumkan pendirian parti itu untuk bertanding ‘secara solo’ pada PRN Sabah tanpa menjalin kerjasama dengan parti politik lain.

Artikel Berkaitan:

PRN Sabah akan diadakan pada 26 September depan manakala hari penamaan calon pada 12 September dan pengundian awal pada 22 September membabitkan sejumlah 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi.