WHO iktiraf sistem kesihatan Malaysia
Iklan
Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem kesihatan yang kuat dan liputan yang sejagat (UHC), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, dalam sorotan berita WHO semalam, sistem kesihatan di Malaysia juga diiktiraf mempunyai asas yang kukuh dalam menangani pandemik Covid-19 melalui pengalaman lepasnya.
Iklan
Iklan
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghargai pengiktirafan WHO ini dan terus komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara," menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham juga berkata, WHO dalam satu sidang media pada hari sama menegaskan bahawa vaksin adalah berkesan dalam membendung penularan penyakit seperti cacar air, polio dan sebagainya.
Iklan
"Namun begitu, keberkesanan dan keselamatan vaksin adalah faktor penting dalam penggunaan vaksin.
"Perkara ini tidak boleh diambil ringan dan justeru itu, bagi menjamin faktor-faktor tersebut, vaksin perlu melalui beberapa ujian dan fasa," katanya.
Iklan
Beliau berkata, sehingga hari ini, masih tiada vaksin Covid-19 yang disahkan berkesan dan selamat oleh WHO.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Rekod culas nafkah bakal pasangan dicadang disemak sebelum kahwin"><meta itemprop="description" content="Rekod culas nafkah bakal pasangan dicadang disemak sebelum kahwin
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mencadangkan mekanisme semakan rekod pengabaian nafkah bakal pasangan sebagai langkah awal melindungi hak dan kebajikan individu yang ingin mendirikan rumah tangga.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, cadangan semakan melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) itu merupakan antara pendekatan pencegahan awal bagi menangani isu pengabaian tanggungjawab nafkah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801984/berita/nasional/rekod-culas-nafkah-bakal-pasangan-dicadang-disemak-sebelum-kahwin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #culasnafkah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T06:41:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbr8roi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbr8roi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbr8roi"></script>