Campur tangan politik di mahkamah

Iklan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto Bernama

"PENDIRIAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mencampuri urusan mahkamah berkenaan kes berprofil tinggi wajar dipuji. Ini adalah manifestasi kepada usaha membersihkan institusi kehakiman negara. Semoga reformasi ini akan berjaya direalisasikan sepenuhnya.”

Itu adalah perenggan pertama dalam rencana yang ditulis oleh Prof Dr Haim Hilman daripada Pusat Pengajian Pengurusan dan Keusahawanan, College of Business, Universiti Utara Malaysia dan disiarkan oleh Sinar Harian pada 30 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Rencana saya ini hanya berkenaan perenggan itu dan tertumpu kepada keputusan hakim dalam sesuatu kes. Ia tidak termasuk campur tangan, jika ada, dalam keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dan lain-lain.

Apakah kesimpulan (inference) yang kita boleh buat daripada tiga ayat itu? Bagi saya, kita boleh membuat kesimpulan-kesimpulan berikut:

Iklan
Iklan