Politik Melayu dan nasib bangsa
Iklan
Sejak sebelum merdeka lagi, politik orang Melayu menjadi teras kepada politik tanah air.
SEJAK sebelum merdeka lagi, politik orang Melayu menjadi teras kepada politik tanah air. Selepas kebangkitan politik orang Melayu, politik kaum lain juga turut bangkit dan menghasilkan sebuah kesedaran buat rakyat Persekutuan Tanah Melayu untuk menerima kemerdekaan mutlak.
Jelas ketika itu, politik Melayu menjadi tunjang yang mentadbir negara di samping peranan politik kaum lain untuk mengimbangi tugas dan tanggungjawab masing-masing kepada negara.