Hina Jata Negara: Polis rekod keterangan pengarah syarikat

Iklan
Gambar Kecil: Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid

KUALA LUMPUR - Polis merekod keterangan dua pengarah syarikat pengeluar kasut di Bukit Aman hari ini bagi menyiasat dakwaan cetakan Jata Negara di bahagian dalam kasut keluarannya.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, dua individu itu diambil keterangan pada jam 10 pagi oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua pengarah syarikat terbabit memberi kerjasama sepanjang keterangan diambil. Jika perlu, kita akan memanggil beberapa individu lain bergantung pada hasil siasatan nanti.

ARTIKEL BERKAITAN - Polis akan panggil syarikat pengeluar kasut

"Kita telah buka kertas siasatan selepas menerima laporan polis di Selangor berkaitan isu ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 5(1) Akta Lambang dan Nama Mencegah Penggunaan Tidak Wajar serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

ARTIKEL BERKAITAN - Hina Jata Negara: Tindakan perlu diambil walau sudah mohon maaf

Iklan

Sabtu lalu, pengeluar kasut jenama Beethree membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mencetak logo Jata Negara di bahagian dalam kasut keluaran syarikatnya.

BeeThree Footwear dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berkata, kesilapan tersebut berlaku berikutan kekurangan pengalaman dalam kalangan pekerja dan pihaknya telah mengarahkan pemberhentian produk tersebut serta-merta.

Iklan

Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan tindakan tetap perlu diambil terhadap syarikat kasut yang didakwa mencetak logo Jata Negara di bahagian dalam kasut keluarannya walaupun telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan itu.