KUALA LUMPUR - Polis akan memeriksa hospital dan klinik kesihatan swasta di ibu negara berhubung kes mayat bayi lelaki dibuang ke dalam sungai di Jalan Klang Lama di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pemeriksaan itu bertujuan mengesan rekod berkaitan wanita yang baru melahirkan anak dan mencurigakan.