Boustead lancar EDGƎ 20

Iklan
Khaled (lima dari kiri) bersama kakitangan Boustead pada pelancaran EDGƎ 20 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Boustead Holdings Berhad (Boustead) melancarkan Pelan Transformasi EDGƎ 20 untuk memacu kumpulan Boustead ke hadapan bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Berlandaskan kepada tiga tonggak iaitu perkembangan, kecekapan dan kecemerlangan, ia akan menetapkan landasan bagi transformasi kumpulan ke arah menjadi organisasi berprestasi tinggi dan lestari.

Iklan
Iklan

Pelan tersebut terdiri daripada 20 inisiatif transformasi untuk mencapai aspirasi kumpulan bertumpu kepada bidang pembiayaan, struktur, operasi dan tadbir urus korporat.

Pengerusi Boustead, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, fasa pertama Pelan Transformasi yang telah dimulakan adalah bertujuan menstruktur semula Boustead dan anak-anak syarikatnya bagi mengoptimakan nilai.

Iklan

"Ini akan membolehkan kami untuk kekal bertahan dalam menghadapi cabaran mendatang. Sehingga kini, kami telah melihat kemajuan dalam meningkatkan tadbir urus dan kepakaran lembaga, dengan barisan lembaga yang diperbaharui.

"Kami juga telah menubuhkan Pejabat Transformasi Kumpulan untuk memacu usaha transformasi seluruh kumpulan, di samping bagi memberikan input strategik untuk unit perniagaan kami,” katanya dalam satu kenyataan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, pelan-pelan itu bertujuan untuk mengukuhkan asas kumpulan dan rangka tindakan bagi melonjakkan perniagaan kumpulan Boustead dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Tambahnya, pihaknya yakin akan dapat menempuhi masa mencabar ini dan muncul sebagai sebuah organisasi yang lebih kukuh dan lebih berdaya tahan.

"Kami berdedikasi untuk mengangkat kepercayaan pihak berkepentingan kami dan ia adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang kami untuk mencipta nilai yang lebih besar.

"Ini akan membolehkan kami untuk memberikan pulangan yang konsisten dan berterusan kepada pemegang saham terutamanya pemegang saham majoriti kami Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang akan memberikan impak positif kepada ahli-ahli Angkatan Tentera bersara yang mendapat keuntungan daripada dividen kami,” katanya.