PUTRAJAYA- Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, DAP belum membincangkan calon untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkannya.
Beliau berkata, sebarang perbincangan mengenai jawatan tersebut akan dibuat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum diputuskan.
"Ya, serahkan (kepada Perdana Menteri). Jadi, perkara ini di bawah bidang kuasa Perdana Menteri," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan majlis sambutan Deepavali di sini, pada Rabu.
AKAN MENYUSUL
Artikel Berkaitan