Ganggu ucapan sulung Speaker baharu, Khalid diarah keluar dewan
Iklan
KUALA LUMPUR - Khalid Abdul Samad (Amanah-Shah Alam) menjadi anggota Parlimen pertama diarahkan keluar dewan oleh Speaker Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Azhar Azizan@Harun.
Kelakuan Khalid yang berterusan mengganggu ucapan sulung Azhar menyebabkan Speaker baharu itu mengambil tindakan tegas sedemikian berkuat kuasa sehingga habis sesi persidangan hari ini.