SMK Kijal edar Modul Pembelajaran Kendiri secara pandu lalu
Iklan
Guru SMK Kijal menyerahkan modul pembelajaran kendiri secara pandu lalu kepada murid yang hadir.
KEMAMAN – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal yang dikenali sebagai Kijal Trust School (KTS) mengambil inisiatif mengedarkan Modul Pembelajaran Kendiri secara pandu lalu kepada pelajar sekolah itu.
Pengetuanya, Sabariah Ibrahim berkata, usaha itu dilakukan bagi memastikan semua murid mendapat bahan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) supaya pembelajaran dapat diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Iklan
Iklan
"Sebelum ini PdPC lebih tertumpu kepada kaedah dalam talian tapi menyedari tidak semua murid mampu kepada capaian internet maka inisiatif Edaran Modul Pembelajaran Kendiri secara pandu lalu telah dilakukan.
"Antara objektif program ini adalah memastikan tiada murid yang tercicir daripada sumber pembelajaran 'no child left behind', menyelesaikan masalah murid tidak ada data internet atau liputan internet kurang memuaskan.
Iklan
"Ia juga memupuk kerjasama antara sekolah, ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kelangsungan pembelajaran murid-murid. Program ini diharapkan menjadi perintis kepada sekolah-sekolah lain di Kemaman,” katanya.
Sabariah berkata, pengedaran bahan dilakukan di empat stesen iaitu hentian bas SMK Kijal, hentian bas Sekolah Kebangsaan (SK) Ibuk, hentian bas SK Telok Kalong dan perkarangan depan Masjid Meraga Beris.
Iklan
Katanya, pemilihan empat stesen dibuat adalah untuk mengurangkan pergerakan pelajar dan memastikan penjarakan sosial sesuai dengan SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Semua hentian ini adalah merupakan stesen dalam radius yang paling hampir dengan rumah murid-murid memandangkan demografi murid SMK Kijal yang agak jauh,” katanya.
Usaha itu membuahkan hasil apabila 80 peratus pelajar iaitu 132 daripada 164 orang murid Tingkatan Lima datang bersama penjaga mengambil sendiri bahan disediakan oleh guru mereka.
Lebih membanggakan, Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Idris Bidin dan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kijal, Hassan Ali turun padang berkunjung ke rumah sebilangan murid menyerahkan bahan Pembelajaran Kendiri kepada mereka yang tidak dapat hadir.
Menurut Sabariah, program tersebut akan diteruskan pada setiap minggu melibatkan semua murid Tingkatan Satu hingga Empat secara berperingkat.
"Program ini merupakan pelengkap kepada proses PdPC atas talian yang telah dimulakan sejak kerajaan memperkenal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kita sentiasa berusaha memastikan semua murid mendapat pendidikan terbaik.
"Tahniah kepada warga pendidik KTS yang bertungkus-lumus menyediakan bahan edaran kali ini dan kerjasama semua pihak membanggakan pihak sekolah,” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal