Taska Mawadah Jakim patuhi SOP

Iklan
Rina (kanan) ketika meninjau operasi dan SOP yang dilaksanakan ketika melakukan lawatan di Taska Mawadah di sini hari ini.

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berpuas hati dengan pelaksanaan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Mawadah di bawah kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, SOP yang diperkenalkan itu adalah untuk menjaga keselamatan dan kebajikan kanak-kanak ketika mereka berada di taska.

Iklan
Iklan

"Saya berpuas hati dengan pelaksanaan SOP di taska ini demi menjamin keselamatan dan kesihatan kanak-kanak iaitu antara kelompok yang mudah terdedah dan terkesan dengan pandemik koronavirus (Covid-19),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke taska itu pagi tadi dan menyaksikan sendiri SOP yang dipraktikkan bermula daripada penghantaran kanak-kanak oleh penjaga mereka sehingga ke ruang tempat kanak-kanak berehat dan bermain.

Iklan

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Taska Mawadah Jakim menyediakan kapasiti untuk 152 orang kanak-kanak dengan jumlah bilangan terkini seramai 44 orang dan mereka diawasi oleh lapan pengasuh yang bertugas.

Iklan

Mengulas lanjut, Rina berkata, kerajaan juga mengumumkan Pelan Jana Semula (Penjana) iaitu bantuan khas kepada pengusaha Taska yang terkesan secara langsung dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, Penjana memberi secara sekali bayaran sebanyak RM5,000 kepada taska institusi dan taska di tempat kerja serta RM1,000 kepada taska yang beroperasi di rumah.

"Selain itu, Penjana turut menyediakan bayaran Insentif Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata maksimum RM900 untuk seorang pengasuh.

"Usaha kerajaan ini untuk membantu taska dan pada masa sama memberi peluang kepada mereka yang memerlukan pekerjaan,” katanya.