Hamzah nafi jadi dalang pecah belah Bersatu

Iklan
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengadakan sidang media yang diadakan di Menara Yayasan Selangor. Foto Sinar Harian/Rosli Talib

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan individu yang memecahbelahkan parti itu.

Ahli Parlimen Larut itu menegaskan apa yang dilakukannya selama ini bukan bertujuan untuk memecah belahkan parti sebaliknya melaksanakan apa yang diinginkan bekas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau bersetuju menyertai Bersatu atas jemputan Dr Mahathir pada Februari tahun lalu dengan tujuan untuk memperkukuhkan parti itu.

"Selepas itu perbincangan berlaku dari masa ke masa dengan Dr Mahathir meminta saya bukan hanya perkukuhkan parti itu tetapi mengurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP.

Iklan

"Pada ketika itu saya laksanakan tugas atas arahan Perdana Menteri ketika itu.

"Sebagai contoh Kongres Maruah Melayu dilaksanakan secara besar besaran. Tak mungkin saya dapat lakukan jika tidak atas arahan Perdana Menteri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor di sini hari ini.

Iklan

Hamzah berkata, Dr Mahathir bersama beberapa pemimpin Bersatu termasuk Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan beberapa perbincangan untuk Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

"Dalam beberapa perbincangan termasuklah antara saya, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Faizal Azumu; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beliau sendiri, Dr Mahathir mahu mencari jalan bagaimana cara Bersatu boleh keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

"Kita sama-sama lakukan dan selebihnya adalah sejarah apabila Dr Mahathir sendiri melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Saya terkejut kerana Muhyiddin pun tak pernah terfikir dan beliau bertanya dan saya sendiri tidak tahu dan faham apa yang dilakukan," katanya.

Jelasnya, beliau kesal dengan tohmahan terhadap Muhyiddin bahawa apa yang berlaku sebelum ini merupakan komplot yang didalanginya.

"ALLAH pilih seorang Perdana Menteri yang saya rasa mampu memimpin negara menggantikan Dr Mahathir. Berilah sokongan kepada beliau," katanya.