Acara sambutan hari keputeraan rasmi Agong ditangguhkan
Iklan
KUALA LUMPUR - Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jun ini ditangguhkan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, Yang di-Pertuan Agong menitahkan penangguhan itu adalah selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini untuk mengekang penularan koronavirus (Covid-19).