Lelaki cedera tertimbus tanah ketika gali kubur
Iklan
KUANTAN - Seorang lelaki cedera selepas tertimbus tanah ketika sedang menggali kubur di tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Jalan Benta Jerantut pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.37 pagi, mangsa Mohd Nor Aizam Ghazali@Jamaluddin, 37, dari Kampung Baru di sini cedera di kaki dan leher.