Jerebu: Sekolah kekal beroperasi, aktiviti luar ditangguh - JPN Pahang

Iklan
Kenyataan dikeluarkan JPN Pahang berhubung operasi sekolah di negeri itu susulan bencana jerebu yang melanda negara ketika ini.

KUANTAN – Sekolah di tujuh daerah di Pahang kekal beroperasi esok, namun semua aktiviti luar ditangguhkan susulan keadaan jerebu.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, daerah terlibat ialah Pekan, Kuantan, Rompin, Temerloh, Maran, Bera dan Bentong.

Iklan
Iklan

“Murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka.

“Ibu bapa yang bimbang akan kesihatan anak-anak semasa jerebu boleh tidak menghantar anak ke sekolah dengan memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah,” katanya.

Iklan
Iklan

Sementara itu, sekolah di daerah Lipis, Jerantut, Cameron Highlands dan Raub beroperasi seperti biasa.