I Medikel, Kemudi bantu bekas wartawan
Iklan
Azman menghidap kencing manis kronik menyebabkan dia kini menderita sakit saraf dan masalah buah pinggang tahap empat.
KOTA BHARU - Bagi menghargai khidmat wartawan, I Medikel Farmasi Sdn Bhd memberikan sumbangan kepada bekas kakitangan Berita Harian, Azman Mahmood yang kini derita sakit saraf.
Azman, 57, menghidap kencing manis kronik menyebabkan dia kini menderita sakit saraf dan masalah buah pinggang tahap empat.
Iklan
Iklan
Azman mengalami masalah saraf kronik selepas menamatkan perkhidmatan di Berita Harian sekitar tahun 2017.
Dia kini hanya mampu duduk di rumah ditemani isteri, Nur Sakinah Mohd Noor dan seorang anak.
Iklan
Menurut Sakinah, Azman tidak mampu berjalan seperti biasa dan memerlukan bantuan untuk mandi dan sebagainya.
Zabidi (kiri) menyerahkan sumbangan Kemudi kepada Azman.
"Namun dia kuat semangat, walau payah nak bangun, tapi dia gagahkan juga. Walaupun tidak larat tapi nak juga bangun sendiri dan makan sendiri.
Iklan
"Saya kena sentiasa pantau sebab tangan dan kaki dia kebas. Baru-baru ini kena serangan strok tapi alhamdulilah sudah makin baik," katanya.
Kesengsaraan Azman itu mendapat perhatian Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) dan I Medikel Farmasi yang berkunjung ke kediaman Azman di Ketereh di sini bagi menghulurkan sumbangan keperluan asas dan kewangan.
Sementara itu, Pengarah Urusan I Medikel Pharmacy Sdn Bhd, Hasnah Zakaria berkata, pihaknya terpanggil untuk memberi sumbangan kepada Azman bagi menghargai jasa-jasa yang pernah dilakukan sepanjang bergelar wartawan sebelum ini.
Hasnah (kanan) menyampaikan sumbangan I Medikel kepada Azman.
Malah, katanya, ia juga antara salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya bagi membantu mereka yang memerlukan.
Timbalan Presiden Kemudi, Zabidi Ishar berkata, Kemudi sentiasa mengambil berat terhadap bekas-bekas kakitangan agensi media yang pernah mendaftar dengan kelab itu.
"Kita sentiasa salurkan bantuan dan ambil berat tentang mereka. Insya-ALLAH, sama-sama kita bantu mereka yang memerlukan. Jasa mereka besar kepada negara," katanya.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.