CBP beri 600 sumbangan

Iklan
Pengerusi CBP, Kamari Zaman dan Mohd Nor menyampaikan sumbangan kepada penerima di Cawangan CBP Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Co-opbank Pertama (CBP) telah menyampaikan sumbangan kepada 600 golongan B40, anggota CBP dan asnaf di bawah program CB-Prihatin (Nur Ramadan) di semua cawangan CBP seluruh negara baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd Nor Abd Razak berkata, program tersebut adalah lanjutan daripada Pakej Program CB-Prihatin yang diumumkan oleh bank berkenaan pada 8 April lalu.

Iklan
Iklan

"Ia bertujuan membantu golongan B40 dan asnaf yang terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak koronavirus (Covid-19) terutama bagi mereka yang bergaji harian.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua cawangan CBP dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masjid yang sama-sama membantu bagi mengenal pasti golongan yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Iklan

Mohd Nor berkata, program CB-Prihatin (Nur Ramadan) diadakan serentak di seluruh Malaysia oleh semua cawangan CBP yang melibatkan Anggota Lembaga dan Pengurusan Kanan CBP.

CBP mempunyai sebanyak 26 buah cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Iklan

Bank berkenaan menawarkan pelbagai produk pembiayaan individu, koperasi dan korporat, Ar-Rahnu, deposit, syer keanggotaan serta takaful dan wasiat.